Asal Usul TABIKA KEMAS Pekan Sungkai

0 comments
Assalamualaikum... Kali ni saya nak bercerita mengenai TABIKA yang saya mengajar sekarang.
Saya mengajar disini sudah masuk tahun ke 2. Dulu, bangunan ni ialah sebuah pejabat pos. Disinilah penduduk Sungkai membayar bil, mengepos surat.. Tak sangka suatu hari nanti saya akan bertugas disini.
Terima kasih diucapkan kepada Pos Malaysia yang bermurah hati menjadikan pejabat pos ini sebagai TABIKA KEMAS.

Bangunan ini 90%  diperbuat daripada kayu. Ia didirikan pada tahun 1940. 

TABIKA KEMAS Pekan Sungkai mempunyai 3 kelas, 3 pembantu dan seramai 60 orang murid. 




0 comments
Permainan yang terakhir ialah...

10. Permainan Boling


Aspek perkembangan : Perkembangan motor kasar

Senarai keperluan :
1.       Bahan atau peralatan : Bola dan botol plastik
2.       Tempat : Kawasan lapang dan rata
3.       Bilangan kanak-kanak : Tidak terhad

Cara bermain :
1.       Botol plastik di susun dalam bentuk segi 3 dengan susunan satu, dua, tiga, empat, lima
2.       Pemain berbaris dan bermain mengikut giliran
3.       Pemain perlu melemparkan bola ke arah susunan botol yang di hadapannya pada jarak 2 meter
4.       Bilangan mata di kira mengikut bilangan botol yang dijatuhkan
5.       Jika pemain seterusnya hendak main, mereka perlu menyusun botol seperti keadaan asal
6.       Pemain yang mendapat jumlah jatuhan botol terbanyak akan jadi pemenang


0 comments
Permainan yang seterusnya ialah...

9. Permainan Bola Dan Monyet



Senarai keperluan
1.       Bahan : Bola
2.       Tempat : Kawasan lapang


Peraturan permainan
Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena jadi monyet


Cara bermain :
1.       Setiap kumpulan kanak-kanak terdapat 3 orang
2.       2 orang di depan dan belakang
3.       Seorang di tengahnya sebagai monyet
4.       Pemain akan mencampakkan bola pada rakan seorang lagi
5.       Monyet di tengah cuba menangkapnya
6.       Apabila monyet dapat menangkap, maka orang yang membaling bola tadi akan jadi monyet
7.       Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan










0 comments
8. Permainan Main Kejar-Kejar


Tujuan permainan :
1.       Menangkap pemain yang dikejar
2.    
   Bahan @ peralatan : Tiada
3.       Tempat : Kawasan lapang
4.       Bil. Kanak-kanak : lebih daripada 3 orang


Peraturan permainan :
1.       Siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar

 Cara bermain :
1.       Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2.       Undian dibuat dengan cara seorang membuka tangan dengan lebar. Pemain lain meletakkan jari telunjuk masing-masing dibawah tapak tangan
3.       Mereka akan menyebut, “Lam Alif” pemain yang tangan dibuka akan menutup dan menggenggam tangan
4.       Pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman
5.       Pemain yang jarinya tertangkap akan menjadi pengejar
6.       Pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain berasa dia akan disentuh, maka dia perlu duduk
7.       Seorang pemain berpeluang duduk sebanyak 3 kali sahaja apabila dikejar
8.       Apabila dia duduk bermakna dia terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar
9.       Apabila pemain itu duduk untuk kali yang ketiga, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat
10.   Pengejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula
11.   Permainan akan dimainkan semula










0 comments
Permainan yang seterusnya ialah...

7. Permainan Tangkap Ekor


Tujuan permainan : Cuba mengutip seberapa banyak ekor (sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : Sapu tangan ataupun tuala kecil
2.       Tempat : Kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : Tidak terhad


Peraturan permainan :
1.       Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing-masing.


Cara bermain :
1.       Semua kanak-kanak ada ekor daripada sapu tangan
2.       Masing-masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebanyak mungkin
3.       Sampai suatu masa guru membunyikan wisel
4.       Kira berapa banyak sapu tangan yang dikutip oleh setiap murid
5.       Pengutip sapu tangan terbanyak adalah pemenang
6.       Permainan ini boleh diulang-ulang
















0 comments
Permainan yang ke 6 ialah.. 

6. Permainan Cuit Berantai

Tujuan permainan : Menangkap seberapa banyak peserta yang dapat

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : Tiada
2.       Tempat : Kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : Lebih daripada 3 orang

Peraturan permainan :
1.       Siapa yang dicuit perlu masuk barisan
2.       Ahli dalam barisan boleh mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus

Cara bermain :
1.       4 hingga 5 kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan
2.       Mereka berlari dalam barisan mengejar pemain lain
3.       Hanya pemain hujung dan pangkal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan
4.       Apabila salah seorang yang dikejar dicuit ia mesti masuk barisan


0 comments
Permainan yang ke 5 ialah...

5. Permainan Lembu Kena Kepung


Tujuan permainan :  Mengepung lembu supaya tidak dapat keluar dari kandang

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : tiada
2.       Tempat : kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : 5 – 10 orang

Peraturan permainan :
Seekor lembu dikepung oleh sekumpulan kanak-kanak yang memegang tangan dalam bulatan



Cara bermain :
1.       Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang
2.       Kanak-kanak memegang tangan membentuk bulatan
3.       Seorang kanak-kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan. Sambil beraksi dan bunyi seperti lembu, “moo….moo…moo….”
4.       Lembu cuba keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara yang disukai
5.       Apabila lembu dapat keluar ganti dengan kanak-kanak lain untuk menjadi lembu secara sukarela