Assalamualaikum... Kali ni saya nak bercerita mengenai TABIKA yang saya mengajar sekarang.
Saya mengajar disini sudah masuk tahun ke 2. Dulu, bangunan ni ialah sebuah pejabat pos. Disinilah penduduk Sungkai membayar bil, mengepos surat.. Tak sangka suatu hari nanti saya akan bertugas disini.
Terima kasih diucapkan kepada Pos Malaysia yang bermurah hati menjadikan pejabat pos ini sebagai TABIKA KEMAS.
Bangunan ini 90% diperbuat daripada kayu. Ia didirikan pada tahun 1940.
TABIKA KEMAS Pekan Sungkai mempunyai 3 kelas, 3 pembantu dan seramai 60 orang murid.
Permainan yang terakhir ialah...
10. Permainan Boling
10. Permainan Boling
Aspek perkembangan
: Perkembangan motor kasar
Senarai keperluan
:
1.
Bahan atau peralatan : Bola dan
botol plastik
2.
Tempat : Kawasan lapang dan
rata
3.
Bilangan kanak-kanak : Tidak
terhad
Cara bermain :
1.
Botol plastik di susun dalam
bentuk segi 3 dengan susunan satu, dua, tiga, empat, lima
2.
Pemain berbaris dan bermain
mengikut giliran
3.
Pemain perlu melemparkan bola
ke arah susunan botol yang di hadapannya pada jarak 2 meter
4.
Bilangan mata di kira mengikut
bilangan botol yang dijatuhkan
5.
Jika pemain seterusnya hendak
main, mereka perlu menyusun botol seperti keadaan asal
6.
Pemain yang mendapat jumlah
jatuhan botol terbanyak akan jadi pemenang
Permainan yang seterusnya ialah...
9. Permainan Bola Dan Monyet
9. Permainan Bola Dan Monyet
Senarai keperluan
1.
Bahan : Bola
2.
Tempat : Kawasan lapang
Peraturan
permainan
Apabila
bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena jadi monyet
Cara bermain :
1.
Setiap kumpulan kanak-kanak
terdapat 3 orang
2.
2 orang di depan dan belakang
3.
Seorang di tengahnya sebagai
monyet
4.
Pemain akan mencampakkan bola
pada rakan seorang lagi
5.
Monyet di tengah cuba
menangkapnya
6.
Apabila monyet dapat menangkap,
maka orang yang membaling bola tadi akan jadi monyet
7.
Aktiviti boleh dilakukan dalam
banyak kumpulan
8. Permainan Main Kejar-Kejar
Tujuan permainan :
1.
Menangkap pemain yang dikejar
2.
Bahan @ peralatan : Tiada
3.
Tempat : Kawasan lapang
4.
Bil. Kanak-kanak : lebih
daripada 3 orang
Peraturan
permainan :
1.
Siapa yang ditangkap akan
menjadi pengejar
Cara bermain :
1.
Bagi menentukan pemain yang
menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2.
Undian dibuat dengan cara
seorang membuka tangan dengan lebar. Pemain lain meletakkan jari telunjuk
masing-masing dibawah tapak tangan
3.
Mereka akan menyebut, “Lam
Alif” pemain yang tangan dibuka akan menutup dan menggenggam tangan
4.
Pemain lain akan cuba mencabutnya
daripada genggaman
5.
Pemain yang jarinya tertangkap
akan menjadi pengejar
6.
Pengejar akan mengejar pemain
lain, jika pemain berasa dia akan disentuh, maka dia perlu duduk
7.
Seorang pemain berpeluang duduk
sebanyak 3 kali sahaja apabila dikejar
8.
Apabila dia duduk bermakna dia
terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar
9.
Apabila pemain itu duduk untuk
kali yang ketiga, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat
10.
Pengejar perlu menyentuh pemain
lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula
11.
Permainan akan dimainkan semula
Permainan yang seterusnya ialah...
7. Permainan Tangkap Ekor
7. Permainan Tangkap Ekor
Tujuan permainan : Cuba mengutip seberapa
banyak ekor (sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang
Senarai keperluan
:
1.
Bahan @ peralatan : Sapu tangan
ataupun tuala kecil
2.
Tempat : Kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : Tidak terhad
Peraturan
permainan :
1.
Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu
tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor
masing-masing.
Cara bermain :
1.
Semua kanak-kanak ada ekor
daripada sapu tangan
2.
Masing-masing cuba mendapatkan
ekor lain dan mengumpul sebanyak mungkin
3.
Sampai suatu masa guru
membunyikan wisel
4.
Kira berapa banyak sapu tangan
yang dikutip oleh setiap murid
5.
Pengutip sapu tangan terbanyak
adalah pemenang
6.
Permainan ini boleh
diulang-ulang
Permainan yang ke 6 ialah..
6. Permainan Cuit Berantai
Tujuan permainan : Menangkap seberapa
banyak peserta yang dapat
Senarai keperluan
:
1.
Bahan @ peralatan : Tiada
2.
Tempat : Kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : Lebih
daripada 3 orang
Peraturan
permainan :
1.
Siapa yang dicuit perlu masuk
barisan
2.
Ahli dalam barisan boleh
mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus
Cara bermain :
1.
4 hingga 5 kanak-kanak
berpegang tangan dalam barisan
2.
Mereka berlari dalam barisan
mengejar pemain lain
3.
Hanya pemain hujung dan pangkal
boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan
4.
Apabila salah seorang yang
dikejar dicuit ia mesti masuk barisan
Permainan yang ke 5 ialah...
5. Permainan Lembu Kena Kepung
5. Permainan Lembu Kena Kepung
Tujuan permainan : Mengepung lembu supaya
tidak dapat keluar dari kandang
Senarai keperluan :
1.
Bahan @ peralatan : tiada
2.
Tempat : kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : 5 – 10 orang
Peraturan permainan :
Seekor lembu dikepung oleh
sekumpulan kanak-kanak yang memegang tangan dalam bulatan
Cara
bermain :
1.
Kelas dibahagikan kepada
kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang
2.
Kanak-kanak memegang tangan
membentuk bulatan
3.
Seorang kanak-kanak menjadi
lembu duduk di tengah bulatan. Sambil beraksi dan bunyi seperti lembu,
“moo….moo…moo….”
4.
Lembu cuba keluar dari bulatan
dengan menggunakan sebarang cara yang disukai
5.
Apabila lembu dapat keluar
ganti dengan kanak-kanak lain untuk menjadi lembu secara sukarela
Seterusnya permainan ke 4 ialah..
4. Permainan Ikan Di Dalam Jaring
4. Permainan Ikan Di Dalam Jaring
Senarai keperluan
:
1.
Bahan @ peralatan : tiada
2.
Tempat : kawasan lapang, kolam
ataupun laut yang dibina dengan menggunakan kapur ataupun tepung. Ambil kapur
dan lukis di atas lantai ataupun guna tepung dan taburkannya di atas rumput.
Buatsupaya berbentuk bulat.
3.
Bil. Kanak-kanak : 20 – 25
kanak-kanak
Peraturan
permainan :
Ikan
dalam jarring perlu keluar daripada jarring sebanyak mungkin
Cara
bermain :
1.
10 – 15 kanak-kanak dan
berpegang tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring
2.
Jarring perlu berada di tepi
kolam ataupun di tengah laut
3.
Separuh lagi kanak-kanak
daripada kelas itu menjadi ikan
4.
Ikan perlu berada lebih kurang
jarak 20 kaki daripada jarring
5.
Kanak-kanak bergerak di dalam
kawasan yang ditandakan sebagai kolam. Mereka beraksi seolah-olah sedang
berenang
6.
Apabila isyarat `mula’ ataupun
wisel dibunyikan, jarring cuba mengepung ikan
7.
Ikan itu boleh melepaskan
dirinya dengan berlari menerobos jaring, melompat ke atas ataupun bawah jaring
8.
Ikan tidak boleh berenang
keluar dari kawasan kolam
9.
Ikan yang ditangkap dan keluar
dari kolam semasa permainan tidak boleh bermain lagi
10.
Ulang permainan dengan bertukar
jaring menjadi ikan dan sebaliknya
Permainan yang ke 3 ialah....
3. Permainan Ibu Ayam.http://www.youtube.com/watch?v=0LzHJyMIYc8
Senarai keperluan :
1.
Bahan @ peralatan : tiada
2.
Tempat : kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak :
a)
Seorang kanak-kanak menjadi
seekor ibu ayam
b)
Seorang kanak-kanak menjadi
seekor helang
c)
Anak tidak terhad bilangannya
iaitu antara 2 hingga 10 orang
Peraturan permainan:
Terdapat dua permainan utama iaitu ibu ayam
dan helang. Ibu cuba mempertahankan anak-anak daripada disambar helang.
Cara bermain :
1.
Anak-anak ayam perlu sentiasa
berada di belakang ibu ayam bagi mengelakkan ia disambar helang sambil
berbunyi, “cip,cip,cip……” bagi menunjukkan rasa takut
2.
Apabila isyarat `mula’
ditunjukkan, helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan
cuba menyerang bagi menangkap anak ayam.
3.
Ibu ayam perlu melindungi
anak-anaknya dengan cara mendepakan tangan sambil bergerak ke depan ke belakang
seolah-olah hendak mematuk burung helang sambil berbunyi, “kok,kok,kok…..” bagi
menunjukkan ia marah
4.
Apabila helang dapat menangkap
anak ayam maka anak ayam itu tidak lagi boleh bermain
5.
Tukar kanak-kanak lain jadi
helang setiap kali helang yang bermain dalam permainan sebelumnya sudah dapat
menangkap anak ayam
Permainan yang ke 2 ialah :
2. Permainan Lari Keliling Bulatan
2. Permainan Lari Keliling Bulatan
Senarai keperluan :
1. Bahan
@ peralatan : tiada
2. Tempat
: kawasan lapang
3. Bil.
Kanak-kanak : 10 – 20 orang ataupun semua kanak-kanak dalam kelas
4. Peraturan
permainan : setiap kanak-kanak akan mendapat satu nombor. Nombor
yang
disebutkan perlu lari dalam bulatan mengikut arah jam dan kembali semula
apabila wisel dibunyikan
Cara bermain :
- 1. 10 hingga 15 kanak-kanak membuat bulatan. Kemudian mereka akan duduk dalam bulatan2. Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan3. Kad nombor diikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya supaya mudah guru mengenal pasti nombor pada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mengecam nombor –nombor tersebut4. Guru juga mempunyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupun memanggil nombor tersebutApabila guru menyebut nombor contohnya nombor 3, semua kanak-kanak yang memakai nombor 3 akan bangun.
10 Permainan Kecil
Disini saya ingin kongsikan bersama anda 10 permainan kecil yang biasa saya buat bersama anak-anak murid di TABIKA.
kanak.
1. Permainan PERIGI RACUN.
Senarai keperluan :
1. Bahan
@ peralatan : gelung rotan
2. Tempat
: kawasan lapang
3. Bil.
Kanak2 : 4 – 6 orang
Peraturan permainan :
Mereka yang termasuk dalam perigi ( gelung
rotan ) semasa tarik menarik akan mati.
Cara bermain :
1. Buat
beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-
2. Kanak-kanak
berpegang tangan antara satu sama lain dalam bulatan
3. Mereka
cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan
4. Masing-masing
cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan
5. Sesiapa
yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan
daripada kumpulan.