Assalamualaikum... Kali ni saya nak bercerita mengenai TABIKA yang saya mengajar sekarang.
Saya mengajar disini sudah masuk tahun ke 2. Dulu, bangunan ni ialah sebuah pejabat pos. Disinilah penduduk Sungkai membayar bil, mengepos surat.. Tak sangka suatu hari nanti saya akan bertugas disini.
Terima kasih diucapkan kepada Pos Malaysia yang bermurah hati menjadikan pejabat pos ini sebagai TABIKA KEMAS.
Bangunan ini 90% diperbuat daripada kayu. Ia didirikan pada tahun 1940.
TABIKA KEMAS Pekan Sungkai mempunyai 3 kelas, 3 pembantu dan seramai 60 orang murid.
Permainan yang terakhir ialah...
10. Permainan Boling
10. Permainan Boling
Aspek perkembangan
: Perkembangan motor kasar
Senarai keperluan
:
1.
Bahan atau peralatan : Bola dan
botol plastik
2.
Tempat : Kawasan lapang dan
rata
3.
Bilangan kanak-kanak : Tidak
terhad
Cara bermain :
1.
Botol plastik di susun dalam
bentuk segi 3 dengan susunan satu, dua, tiga, empat, lima
2.
Pemain berbaris dan bermain
mengikut giliran
3.
Pemain perlu melemparkan bola
ke arah susunan botol yang di hadapannya pada jarak 2 meter
4.
Bilangan mata di kira mengikut
bilangan botol yang dijatuhkan
5.
Jika pemain seterusnya hendak
main, mereka perlu menyusun botol seperti keadaan asal
6.
Pemain yang mendapat jumlah
jatuhan botol terbanyak akan jadi pemenang
Permainan yang seterusnya ialah...
9. Permainan Bola Dan Monyet
9. Permainan Bola Dan Monyet
Senarai keperluan
1.
Bahan : Bola
2.
Tempat : Kawasan lapang
Peraturan
permainan
Apabila
bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena jadi monyet
Cara bermain :
1.
Setiap kumpulan kanak-kanak
terdapat 3 orang
2.
2 orang di depan dan belakang
3.
Seorang di tengahnya sebagai
monyet
4.
Pemain akan mencampakkan bola
pada rakan seorang lagi
5.
Monyet di tengah cuba
menangkapnya
6.
Apabila monyet dapat menangkap,
maka orang yang membaling bola tadi akan jadi monyet
7.
Aktiviti boleh dilakukan dalam
banyak kumpulan
8. Permainan Main Kejar-Kejar
Tujuan permainan :
1.
Menangkap pemain yang dikejar
2.
Bahan @ peralatan : Tiada
3.
Tempat : Kawasan lapang
4.
Bil. Kanak-kanak : lebih
daripada 3 orang
Peraturan
permainan :
1.
Siapa yang ditangkap akan
menjadi pengejar
Cara bermain :
1.
Bagi menentukan pemain yang
menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2.
Undian dibuat dengan cara
seorang membuka tangan dengan lebar. Pemain lain meletakkan jari telunjuk
masing-masing dibawah tapak tangan
3.
Mereka akan menyebut, “Lam
Alif” pemain yang tangan dibuka akan menutup dan menggenggam tangan
4.
Pemain lain akan cuba mencabutnya
daripada genggaman
5.
Pemain yang jarinya tertangkap
akan menjadi pengejar
6.
Pengejar akan mengejar pemain
lain, jika pemain berasa dia akan disentuh, maka dia perlu duduk
7.
Seorang pemain berpeluang duduk
sebanyak 3 kali sahaja apabila dikejar
8.
Apabila dia duduk bermakna dia
terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar
9.
Apabila pemain itu duduk untuk
kali yang ketiga, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat
10.
Pengejar perlu menyentuh pemain
lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula
11.
Permainan akan dimainkan semula
Permainan yang seterusnya ialah...
7. Permainan Tangkap Ekor
7. Permainan Tangkap Ekor
Tujuan permainan : Cuba mengutip seberapa
banyak ekor (sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang
Senarai keperluan
:
1.
Bahan @ peralatan : Sapu tangan
ataupun tuala kecil
2.
Tempat : Kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : Tidak terhad
Peraturan
permainan :
1.
Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu
tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor
masing-masing.
Cara bermain :
1.
Semua kanak-kanak ada ekor
daripada sapu tangan
2.
Masing-masing cuba mendapatkan
ekor lain dan mengumpul sebanyak mungkin
3.
Sampai suatu masa guru
membunyikan wisel
4.
Kira berapa banyak sapu tangan
yang dikutip oleh setiap murid
5.
Pengutip sapu tangan terbanyak
adalah pemenang
6.
Permainan ini boleh
diulang-ulang
Permainan yang ke 6 ialah..
6. Permainan Cuit Berantai
Tujuan permainan : Menangkap seberapa
banyak peserta yang dapat
Senarai keperluan
:
1.
Bahan @ peralatan : Tiada
2.
Tempat : Kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : Lebih
daripada 3 orang
Peraturan
permainan :
1.
Siapa yang dicuit perlu masuk
barisan
2.
Ahli dalam barisan boleh
mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus
Cara bermain :
1.
4 hingga 5 kanak-kanak
berpegang tangan dalam barisan
2.
Mereka berlari dalam barisan
mengejar pemain lain
3.
Hanya pemain hujung dan pangkal
boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan
4.
Apabila salah seorang yang
dikejar dicuit ia mesti masuk barisan
Permainan yang ke 5 ialah...
5. Permainan Lembu Kena Kepung
5. Permainan Lembu Kena Kepung
Tujuan permainan : Mengepung lembu supaya
tidak dapat keluar dari kandang
Senarai keperluan :
1.
Bahan @ peralatan : tiada
2.
Tempat : kawasan lapang
3.
Bil. Kanak-kanak : 5 – 10 orang
Peraturan permainan :
Seekor lembu dikepung oleh
sekumpulan kanak-kanak yang memegang tangan dalam bulatan
Cara
bermain :
1.
Kelas dibahagikan kepada
kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang
2.
Kanak-kanak memegang tangan
membentuk bulatan
3.
Seorang kanak-kanak menjadi
lembu duduk di tengah bulatan. Sambil beraksi dan bunyi seperti lembu,
“moo….moo…moo….”
4.
Lembu cuba keluar dari bulatan
dengan menggunakan sebarang cara yang disukai
5.
Apabila lembu dapat keluar
ganti dengan kanak-kanak lain untuk menjadi lembu secara sukarela